Monday 30 September 2013

Bab 8 Sokongan dan Pergerakan

8.1 Sistem sokongan pada Haiwan

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan vertebrat darat adalah sistem rangka dalam.

Sistem sokongan pada manusia.
1. Manusia disokong oleh sistem rangka dalam.
2. Sistem rangka dalam manusia terdiri daripada 206 ketul tulang.
3. Turus tulang belakang terdiri daripada 33 tulang kecil (vertebra).
4. Berat badan manusia disokong terutamanya oleh lengkungan pelvis. Tulang ini adalah tulang paling besar dan paling kuat dalam badan.
5. Fungsi sistem rangka dalam manusia ialah :
     a) menyokong berat badan
     b) memberi dan mengekalkan bentuk badan
     c) menghasilkan sel-sel darah
     d) melindungi organ lembut dalam badan seperti jantung dan ginjal
     e) asas bagi pautan otot, misalnya otot biseps berpaut pada tulang humerus melalui tendon.

Sistem sokongan pada haiwan vertebrat daratan
1. Vertebrat darat disokong oleh sistem rangka dalam.
2. Sistem rangka dalam vertebrat daratan :
     a) memberi bentuk pada vertebrat
     b) menyokong berat badan vertebrat
     c) melindungi tisu lembut dan organ lembut.
3. Berat badan vertebrat daratan disokong terutama oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis (punggung).



Sistem sokongan haiwan vertebrat akuatik
1. Berat badan haiwan vertebrat akuatik disokong oleh daya apungan air.
2. Lengkongan pektoral dan lengkungan pelvisnya sangat kecil dan lemah berbanding  haiwan vertebrat daratan.
3. Vertebrat akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga  saiz yang sangat besar. Ini kerana vertebrat akuatik tidak perlu menyokong berat badannya.
4. Ikan paus biru akan mati jika terkandas di pantai. Hal ini adalah kerana sistem rangkanya tidak dapat menyokong berat badannya yang besar. Di darat, berat badannya  akan  menekan ke atas organ di dalam badan.



Sistem sokongan pada haiwan invertebrat daratan.

Haiwan invertebrat daratan yang tidak mempunyai tulang belakang disokong oleh :
a) rangka luar yang keras
b) rangka hidrostatik ( bendalir dalam badan)



Rangka luar yang keras
1. Sesetengah invertebrat mempunyai struktur luar yang keras untuk :
     a) mengekalkan bentuk badan
     b) menyokong badan
     c) melindungi organ-organ dalaman
     d) membantu dalam pergerakan
2. Struktur luar yang keras ini disebut rangka luar.
3. Pengecutan dan pengenduran otot dalam rangka membolehkan pergerakan dilakukan.
4. Rangka luar terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin.
5. Rangka luar invertebrat ini juga dikenali sebagai kutikel.
6. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air dan menjadikan ianya kelihatan berkilau.


Rangka hidrostatik
1. Invertebrat yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberi bentuk dan menyokong badannya.
2. Bendalir badan mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.
3. Rangka hidrostatik mempunyai fungsi seperti berikut :
    a) memberi sokongan
    b) mengekalkan bentuk badan
    c) membantu pergerakan
4. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrat padat, teguh dan kukuh.

Sistem sokongan pada haiwan invertebrat akuatik
1. Haiwan invertebrat akuatik disokong oleh daya apungan air.
2. Haiwan invetebrat ini juga disokong oleh :
     a) rangka luar
     b) rangka hidrostatik



Rangka luar
1. Haiwan invertebrat akuatik seperti ketam, udang, kerang dan siput disokong oleh rangk luar yang keras.
2. Rangka luar ini adalah sangat keras kerana mengandungi kalsium.




Rangka hidrostatik
1. Haiwan invertebrat akuatik seperti tapak sulaiman dan ubur-ubur disokong oleh rangka hidrostatik.
2. Tekanan bendalir dalam badan haiwan ini memberi sokongan dan bentuk kepadanya.




No comments:

Post a Comment