Thursday 5 December 2013

Pembelajaran Kolaboratif : Mesin Ringkas


Information Search dan Think Pair and Share.

Tugasan kali ini akan menggunakan dua strategi pembelajaran. Kaedah Information Search  ini sama seperti ujian yang membenarkan pelajar merujuk buku. Ahli kumpulan akan mencari maklumat berdasarkan soalan yang diberikan kepada mereka. Gabungan bersama aktiviti Think Pair and Share akan membolehkan pelajar berkongsi ilmu bersama-sama. Di akhir aktiviti, rakan dari kumpulan lain dibenarkan membuat penilaian terhadap hasil kerja sesama mereka.

Setiap kumpulan dikehendaki mematuhi langkah-langkah berikut :



Bil
Langkah-langkah
Tindakan
1
Guru menyediakan  soalan yang boleh diselesaikan dengan merujuk kepada bahan seperti: Buku teks, Buku rujukan, Bahan dari Internet dan Kertas kerja atau jurnal.
Pelajar diberikan soalan berkaitan Mesin Ringkas
2
Guru memberikan setiap kumpulan soalan yang berkaitan topik yang dikaji sebagai panduan untuk setiap ahli kumpulan mendapatkan bahan.
Pelajar mencari bahan mengikut soalan yang diberi.
3
Pelajar dibahagikan dalam kumpulan kecil iaitu 2 hingga 3 orang. Persaingan sihat selalunya akan membantu kumpulan untuk lebih aktif dan berjaya mencapai matlamat
Pelajar berbincang untuk memberikan jawapan yang tepat tentang topik yang diberi.
4
Guru memantau hasil kerja pelajar. Digalakkan supaya guru sama-sama menyertai pelajar supaya impak kajian dapat dirasai bersama-sama. Jika perlu, guru bantu untuk memperkembangkan idea jawapan bagi meningkatkan jangkauan pemahaman pelajar.
Pelajar menyiapkan Eviden dalam bentuk model tuas dan penerangan pada kertas A4.
5
Pembentangan hasil kerja.
Hasil kerja di bentangkan di hadapan kelas dan dipaparkan di Facebook.
6
Penilaian oleh rakan
Ahli kumpulan lain dibenarkan untuk menilai hasil kerja rakan, memberi komen dan menandakan Like sebagai tanda sokongan dan pujian pada rakan.

Rujukan :
http://www.sains123.cikgunaza.com/2013/02/tuas.html 
http://www.cikguhailmi.com/2013/03/sains-menganalisa-tuas.html
http://www.cikguhailmi.com/2013/09/usaha-inovatif-dalam-mereka-bentuk.html 

Sunday 17 November 2013

Pembelajaran Kolaboratif - Think-Pair and Share

Pembelajaran Kolaboratif - Think-Pair and Share
(Fikir-Pasang dan Kongsi)




Langkah 1 : Fikir – Pelajar diberi 5 minit untuk berfikir dan mencari jawapan untuk Tugasan Sistem Sokongan dalam Haiwan.

Langkah 2 : Pasang – Selepas yakin dengan jawapan yang diperolehi, pelajar kemudian berkongsi jawapan dengan pasangan dan berbincang untuk menggabungkan jawapan hasil  idea mereka.

Langkah 3 : Kongsi – Jawapan pelajar boleh dikongsi dalam kumpulan pembelajaran mereka, dalam kumpulan besar, atau dengan seluruh kelas semasa perbincangan lanjutan. 

Kelebihan Teknik Fikir - Pasang dan Kongsi.
a) Teknik ini memberikan semua pelajar peluang untuk mengekspresi diri dan membuat refleksi tentang 
    jawapan  mereka. 
b) Ia juga mengelak daripada pelajar yang suka bercakap mendominasi perbincangan.
c) Kaedah ini boleh digunakan untuk  mendapatkan kesepakatan. 

Tugasan Anda :
B3D20E1 : Membanding beza pelbagai sistem sokongan haiwan.
a) vertebrata darat dan akuatik
b) invertebrata darat dan akuatik

Contoh hasil tugasan :



Laman web yang boleh dirujuk :

Saturday 16 November 2013

Pembelajaran Kolaboratif -The Power Of Two

Pembelajaran Kolaboratif -The Power Of Two



Kegiatan ini dilakukan untuk meningkatkan pembelajaran kolaboratif  dalam menghasilkan sesuatu yang bermanfaat. Gabungan pemikiran dua orang tentunya lebih baik dari seorang,
Stephanae (1994) .

Langkah-langkahnya:
1) Guru memberi soalan untuk tajuk geseran.
2) Pelajar dikehendaki menjawab soalan sambil merujuk buku teks dan  nota dari blog.
3) Setelah selesai menjawab, pilih pasangan anda dan bincangkan jawapan yang sepatutnya.
4) Tulis semula jawapan untuk mendapatkan jawapan yang terbaik.
5) Kongsikan jawapan anda di https://www.facebook.com/PBS Sains SMK Air Tawar


Antara soalan yang perlu anda jawab ialah  untuk mencapai B3D18E

1) Jelaskan kebaikan dan keburukan geseran serta cara meningkatkan atau mengurangkan geseran.
2) Cara untuk meningkatkan dan mengurangkan geseran.


Antara laman web yang boleh dilawati :

Pembelajaran Kolaboratif - Kajian Berkumpulan

Pembelajaran Kolaboratif - Kajian Berkumpulan (Group Investigation)


Dalam kaedah ini pelajar dikehendaki menyelesaikan topik melalui kajian secara berkumpulan. 

Kaedah ini memerlukan pelajar memiliki kemampuan yang baik dalam komunikasi secara berkumpulan.


  

   

  

Langkah – langkahnya :
a) Grouping (menetapkan ahli kumpulan, menentukan sumber, memilih topik, merumuskan permasalahan)
b) Planning (menetapkan apa yang akan dipelajari, bagaimana mempelajari, pembahagian tugas, siapa melakukan apa, apa tujuannya)
c) Investigation (saling tukar informasi dan idea, berbincang, mengumpulkan maklumat, menganalisis data, membuat inferen)
d) Organizing (anggota kumpulan menulis laporan, merancang laporan, penentuan cara pembentangan dan nota)
e) Presenting (apabila kumpulan membentangkan hasil kerja, kumpulan lain mendengar, memberi pandangan, bertanya soalan)
f) Evaluating (setiap pelajar membuat laporan secara individu hasil daripada perbincangan bersama guru, rakan tentang topik yang telah dibincangkan.)



Antara soalan yang perlu dijawab ialah : 


Soalan 1 : Bagaimanakah tumbuhan memperoleh sokongan?
Soalan 2 : Bagaimanakah tumbuhan berkayu memperoleh sokongan?
Soalan 3 : Bagaimanakah tumbuhan herba memperoleh sokongan?
Soalan 4 : Apakah struktur khas yang terdapat pada sesetengah tumbuhan yang membolehkannya memanjat tumbuhan tinggi yang lain?
Soalan 5 : Bagaimanakah tumbuhan akuatik memperoleh sokongan?


Aktiviti ini akan dilaksanakan pada :

Hari/ Tarikh : Isnin, 7 Oktober 2013.
Tempat : Sekitar SMK Air Tawar, Kota Tinggi
Masa : 730 pagi hingga 1150 pagi

Antara laman web yang boleh dirujuk ialah :

a) http://www.cikguhailmi.com/2013/09/sistem-sokongan-tumbuhan.html
b) http://prezi.com/gizes1tysox9/sistem-sokongan-dalam-tumbuhan/
c) http://www.scribd.com/doc/166208335/Sistem-Sokongan-Tumbuhan
d) http://www.sains123.cikgunaza.com/2013/01/sistem-sokongan-haiwan.html

Friday 8 November 2013

7.6 Kepentingan Daya Dalam kehidupan Harian

1. Daya adalah penting untuk membolehkan kita melakukan aktiviti harian.
2. Jika tiada
     a) Daya graviti, kita akan terapung di udara.

     b) Daya geseran, kita akan tergelincir semasa berjalan dan kenderaan tidak dapat  
          diberhentikan.


     c) Daya elektrik, kita dapat menggunakan alat-alat elektrik yang memberikan keselesaan
         dalam hidup kita.


     d) daya magnet, kompas tidak dapat berfungsi.


UJI MINDA
1. Bolehkah seorang peluncur ais meluncur di atas permukaan ais sekiranya tiada daya geseran? Terangkan jawapan anda.

2. Bolehkah payung terjun digunakan sekiranya tiada daya graviti? Berikan alasan untuk jawapan anda.


Monday 30 September 2013

Bab 8 Sokongan dan Pergerakan

8.1 Sistem sokongan pada Haiwan

Sistem sokongan pada manusia dan haiwan vertebrat darat adalah sistem rangka dalam.

Sistem sokongan pada manusia.
1. Manusia disokong oleh sistem rangka dalam.
2. Sistem rangka dalam manusia terdiri daripada 206 ketul tulang.
3. Turus tulang belakang terdiri daripada 33 tulang kecil (vertebra).
4. Berat badan manusia disokong terutamanya oleh lengkungan pelvis. Tulang ini adalah tulang paling besar dan paling kuat dalam badan.
5. Fungsi sistem rangka dalam manusia ialah :
     a) menyokong berat badan
     b) memberi dan mengekalkan bentuk badan
     c) menghasilkan sel-sel darah
     d) melindungi organ lembut dalam badan seperti jantung dan ginjal
     e) asas bagi pautan otot, misalnya otot biseps berpaut pada tulang humerus melalui tendon.

Sistem sokongan pada haiwan vertebrat daratan
1. Vertebrat darat disokong oleh sistem rangka dalam.
2. Sistem rangka dalam vertebrat daratan :
     a) memberi bentuk pada vertebrat
     b) menyokong berat badan vertebrat
     c) melindungi tisu lembut dan organ lembut.
3. Berat badan vertebrat daratan disokong terutama oleh lengkungan pektoral (bahu) dan lengkungan pelvis (punggung).



Sistem sokongan haiwan vertebrat akuatik
1. Berat badan haiwan vertebrat akuatik disokong oleh daya apungan air.
2. Lengkongan pektoral dan lengkungan pelvisnya sangat kecil dan lemah berbanding  haiwan vertebrat daratan.
3. Vertebrat akuatik seperti ikan paus boleh membesar sehingga  saiz yang sangat besar. Ini kerana vertebrat akuatik tidak perlu menyokong berat badannya.
4. Ikan paus biru akan mati jika terkandas di pantai. Hal ini adalah kerana sistem rangkanya tidak dapat menyokong berat badannya yang besar. Di darat, berat badannya  akan  menekan ke atas organ di dalam badan.



Sistem sokongan pada haiwan invertebrat daratan.

Haiwan invertebrat daratan yang tidak mempunyai tulang belakang disokong oleh :
a) rangka luar yang keras
b) rangka hidrostatik ( bendalir dalam badan)



Rangka luar yang keras
1. Sesetengah invertebrat mempunyai struktur luar yang keras untuk :
     a) mengekalkan bentuk badan
     b) menyokong badan
     c) melindungi organ-organ dalaman
     d) membantu dalam pergerakan
2. Struktur luar yang keras ini disebut rangka luar.
3. Pengecutan dan pengenduran otot dalam rangka membolehkan pergerakan dilakukan.
4. Rangka luar terdiri daripada sejenis bahan tegar yang disebut kitin.
5. Rangka luar invertebrat ini juga dikenali sebagai kutikel.
6. Permukaan luar kutikel diselaputi oleh satu lapisan lilin yang kalis air dan menjadikan ianya kelihatan berkilau.


Rangka hidrostatik
1. Invertebrat yang berbadan lembut mempunyai bendalir badan yang memberi bentuk dan menyokong badannya.
2. Bendalir badan mengenakan tekanan pada dinding badan untuk membentuk rangka hidrostatik.
3. Rangka hidrostatik mempunyai fungsi seperti berikut :
    a) memberi sokongan
    b) mengekalkan bentuk badan
    c) membantu pergerakan
4. Bendalir dalam sel badan menekan permukaan lembut dan menyebabkan badan invertebrat padat, teguh dan kukuh.

Sistem sokongan pada haiwan invertebrat akuatik
1. Haiwan invertebrat akuatik disokong oleh daya apungan air.
2. Haiwan invetebrat ini juga disokong oleh :
     a) rangka luar
     b) rangka hidrostatik



Rangka luar
1. Haiwan invertebrat akuatik seperti ketam, udang, kerang dan siput disokong oleh rangk luar yang keras.
2. Rangka luar ini adalah sangat keras kerana mengandungi kalsium.




Rangka hidrostatik
1. Haiwan invertebrat akuatik seperti tapak sulaiman dan ubur-ubur disokong oleh rangka hidrostatik.
2. Tekanan bendalir dalam badan haiwan ini memberi sokongan dan bentuk kepadanya.