Saturday 28 September 2013

7.5 Aplikasi Konsep Kuasa

Kuasa

1. Kuasa ialah kadar kerja yang dilakukan, iaitu kerja yang dilakukan dalam masa satu saat ( atau penggunaan tenaga per saat).
2. Hubungan antara kuasa dengan kerja dan masa ditunjukkan oleh rumus berikut.
                Kuasa (watt/W) = Kerja (joule/J)
                                             Masa (saat/s)
3. Kuasa disukat dalam unit watt (W) atau Joule sesaat (J/s)
4. Panduan penyelesaian masalah berikut boleh digunakan untuk menghitung kuasa yang dijana.
    a) Tulis rumus untuk kuasa.
    b) Gantikan nilai untuk kerja dan masa.
    c) Bahagikan kerja dengan masa.

5. Contoh 1:
    Masa 5 saat diambil untuk menolak sebuah kota. jika kerja 30 J dilakukan, hitung kuasa yang dijanakan.

    Penyelesaian
    Kuasa = Kerja
                  Masa
               = 30 J
                   5 s
               = 6 W atau 6 J/s.

    Contoh 2:
    Ahmad menolak sebuah kereta dengan daya 450 N sejauh 2 m dalam masa 10 saat. Hitung kuasa yang 
    dijana olehnya.
  
    Penyelesain
    Kuasa = Kerja
                  Masa
               = Daya x Jarak
                        Masa
               = 450 N x 2 m
                          10 s
               = 90 W

1 comment:

  1. MGM Grand Hotel and Casino - MapYRO
    Las 남양주 출장마사지 Vegas area. 5-star 서귀포 출장안마 (207 reviews) with casinos. MGM Grand Hotel and 태백 출장샵 Casino. The Grand Canal 시흥 출장안마 Street 안성 출장안마 Experience is minutes from

    ReplyDelete