Saturday 21 September 2013

Bab 10 Mesin Ringkas

1. Apa itu mesin ringkas? 
Mesin ringkas ialah alat yang dapat membantu manusia melakukan kerja dengan mudah.


2. Apa itu tuas? 
Tuas ialah sejenis mesin ringkas yang menjadikan kerja lebih mudah, dengan itu menjimatkan tenaga dan masa.

Terdapat tiga kelas tuas, iaitu

  • kelas pertama,
  • kelas kedua
  • kelas ketiga. 
3.Tuas dikelaskan berdasarkan kedudukan fulkrum, beban dan daya.


3.1 Apa itu Fulkrum : —
Titik di mana tuas berputar.

3.2 Apa itu Beban :
Daya menentang yang diatasi oleh daya.

3.3 Apa itu Daya : 
Daya yang dikenakan untuk mengatasi suatu beban.


4. Kelas Kelas Tuas 

4.1 Tuas Kelas Pertama



4.2 Tuas Kelas Kedua




4.3 Tuas Kelas Ketiga



5.  Apa Itu Momen Daya?
Momen daya ialah kesan putaran yang terhasil apabila daya yang dikenakan pada suatu objek memutarkan objek itu pada satu titik fulkrum.
Momen daya bergantung pada daya yang dikenakan dan jarak serenjang dari fulkrum ke daya.


 6. Prinsip Tuas

Apabila suatu tuas berada dalam keadaan seimbang, hasil darab beban dan jarak beban dari  
fulkrum adalah sama dengan hasil darab daya dan jarak daya dari fulkrum.


Beban (N) x Jarak beban dari fulkrum (m) =   Daya (N) x Jarak daya dari fulkrum (m)









2 comments: